Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ)
Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Sekolah Kluster Kecemerlangan) | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, 15300, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | TEGAP, OBOR, ILMU |
Ditubuhkan | - |
Nombor sekolah | 6097481848 |
Kod sekolah | DEA1123 |
Pengerusi PIBG | Afif iman |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Putra Syazwi Nuafal |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | EN SUKRI B ABU BAKAR |
Penolong Kanan Kokurikulum | EN MOHD IRTEZA BIN MOHD YUSOFF |
Faks | 6097479936 |
Laman sesawang | - |
x |
Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ) atau nama ringkasnya SMK Ismail Petra (Integ), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ) memiliki 318 pelajar lelaki dan 545 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 863 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru.2009
Pada tahun 2011, Aroon Kumar A/L Mathivanan daripada SMK Ismail Petra telah muncul sebagai satu-satunya pelajar India di Kelantan yang mendapat 10A dalam SPM. Kini beliau menyambung pengajian di FH Frankfurt di Jerman dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik.
Pentadbiran SMK Ismail Petra 2022[sunting | sunting sumber]
PENGETUA: Tuan Shamsul Bahari b Jaafar@Mustafa
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN:
En Wan Huzaimi b Wan Ahmed
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID:
En Sukri b Abu Bakar
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM:
En Mohd Irteza b Mohd Yusoff
PENOLONG KANAN TINGKATAN 6:
En Padzila b. Mat Adam
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS:
Puan Wan Jah bt. Wan Yusoff
Guru Kanan Bahasa
Puan Rozita bt. A. Hamid
Guru Kanan Sains & Matematik
Puan Raihanah bt Yassin
Guru Kanan Sains Sosial
Puan Wee Bee Chu
Guru Kanan Teknik & Vokasional
Encik Zahrulsham b. Hamzah
Penyelaras SKK
Puan Nik Filzah bt Nik Jaffar
Kaunselor Cemerlang Sekolah
Encik Wan Rusaidi b. Wan Abdullah
Kaunselor Sekolah
Puan Norizan bt. Abdullah
Maklumat Asas Sekolah (terkini)[sunting | sunting sumber]
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH: Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Sekolah Kluster Kecemerlangan) Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab 15300 Kota Bharu Kelantan
KOD SEKOLAH:
DEA 1123
GRED SEKOLAH:
A
KATEGORI SEKOLAH:
Sekolah Harian Bandar
KEBITARAAN;
-Akademik : Bahasa Inggeris
-Kokurikulum : Warisan Budaya
NAMA PENGETUA:
Tuan Shamsul Bahari bin Jaafar@Mustafa
NAMA PENGERUSI PIBG:
Datuk Rozali b Isohak
NO. TELEFON:
09-7481848
NO. FAKS:
09-7479936
EMEL:
smkismailpetra@gmail.com
Visi SMKIP[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi
Misi SMKIP[sunting | sunting sumber]
Melahirkan Modal Insan yang Seimbang dan Berkemahiran Tinggi Melalui Pengurusan Pendidikan Berkualiti
Matlamat SMKIP[sunting | sunting sumber]
Menyedari dan menginsafi bahawa pendidikan merupakan aset yang penting dalam kejayaan individu, masyarakat dan negara, maka SMK Ismail Petra menetapkan untuk:
• melahirkan pelajar yang berwawasan, berketerampilan, dan serba boleh dalam segala bidang serta mempunyai daya juang yang tinggi dan bertakwa kepada Maha Pencipta-Nya;
• membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengembangkan potensi yang ada melalui program akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai reputasi yang tinggi dalam pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah diri, dan;
• melahirkan insan yang berhemah tinggi peribadinya, cendekiawan pemikirannya dan cergas dalam gerak kerja.
Slogan Sekolah[sunting | sunting sumber]
Seiring Mengungguli Inspirasi Permata Petra (SMIP)
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra terkenal dengan akronimnya SMIP berdasarkan nama asalnya, Sekolah Menengah Ismail Petra. SMK Ismail Petra merupakan sekolah kawalan aliran Melayu terawal yang ditubuhkan di negeri Kelantan. Pada awal penubuhannya, pada 5 Januari 1969 sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Putera, dengan memakai nama Sekolah Menengah Wakaf Mek Zainab, dan dibuka secara rasmi pada 20 Mac 1969. Setahun kemudian, iaitu pada 20 Mac 1970, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri di lokasi sekarang ini dan memakai nama Sekolah Menengah Ismail Petra, bersempena nama Yang Teramat Mulia Tengku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, Tengku Mahkota Negeri Kelantan ( sekarang merupakan Sultan Kelantan ).
SMIP kemudiannya menjadi sekolah perintis Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan (YBhg Tan Sri Datuk Seri Wira Abd. Rahman Arshad) bagi projek Sekolah Kawalan Khas pelajar aliran Melayu di Kelantan pada tahun 1971. Di bawah projek sekolah kawalan ini, pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang dari seluruh negeri Kelantan dipilih untuk belajar di SMIP, bermula di Tingkatan 4 dan 6 Bawah. Seterusnya, status sekolah kawalan khas ini kekal sehingga ke hari ini melalui program Sekolah Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
SMIP merupakan sekolah ‘premier’ aliran Melayu terulung yang pernah ditubuhkan di negeri Kelantan. Sebagai sebuah sekolah yang ulung, SMIP telah banyak melakarkan sejarah kejayaan dan pencapaian cemerlangnya di persada pendidikan negeri dan kebangsaan. SMIP telah berjaya melahirkan ramai tokoh pelajar yang menjadi tokoh-tokoh terkenal di seluruh negeri dan negara dalam pelbagai bidang sama ada pendidikan, ekonomi, politik, sukan dan kemasyarakatan.
Peristiwa Penting[sunting | sunting sumber]
5 Januari 1969 Sekolah mula dibuka dengan nama Sekolah Menengah Wakaf Mek Zainab (menumpang di SM Putera).
20 Mac 1969 Perasmian 2 blok bangunan sekolah oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan dengan nama baru Sekolah Menengah Ismail Petra. Pelajar terdiri daripada Tkn. 4 dan 6 sahaja.
1975 Perasmian bangunan tambahan, dewan dan asrama sekolah oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan.
Februari 1975 Pembinaan Mussala sekolah bermula
Mac 1980 Mussala sekolah mula digunakan.
Januari 1984 Pengambilan pertama pelajar Tingkatan 1.
Januari 1986 Pengambilan pertama pelajar pendidikan khas (cacat pendengaran) seramai 27 orang. SMIP menjadi sekolah integrasi khas.
Mac 1988 Keberangkatan DYMM Sultan Kelantan dan DYMM Raja Perempuan Kelantan ke SMIP bagi mencemar duli ke Majlis Penyampaian Hadiah.
Januari 1997 Mata Pelajaran Perkomputeran bagi Tingkatan 6 diperkenalkan seluruh negara dan SMIP antara sekolah pertama di kalangan 13 buah negeri seluruh negara dipilih KPM.
2000 SMIP dipilih sebagai Sekolah Kawalan Khas JPN Kelantan dengan semua tingkatan aliran sains tulen (Tkn. 4 – 6).
2006 SMIP dikategorikan sebagai Sekolah Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
2007 Lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke SMIP.
2008 SMKIP menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) Kategori Sekolah Harian Bandar.
2009 SMKIP menjadi Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) peringkat kebangsaan.
2011 - SMKIP diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) - SMKIP diberi penghargaan 5 Bintang dalam penarafan Smart School Qualification Standard (SSQS).
2012 SMKIP diberi penghargaan 5 Bintang untuk kali kedua dalam penarafan Smart School Qualification Standard (SSQS).
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ)
- Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab
- 15300, Kota Bharu
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6097481848
- Fax = 6097479936